🇲🇾 Ujian AI pertama untuk kerja penjual Malaysia
Periksa dulu,
baru bayar.
Tengok AI mana betul-betul boleh buat kerja anda — percuma. Gred ikut kerja sebenar, dinilai orang Malaysia, kos telus dalam RM.
Balas complaint customer
Diuji — gred menunggu undian orang Malaysia
Lihat keputusan →
Tulis caption produk
Diuji — gred menunggu undian orang Malaysia
Lihat keputusan →
Translate ke BM formal
Diuji — gred menunggu undian orang Malaysia
Lihat keputusan →
Description Shopee
Diuji — gred menunggu undian orang Malaysia
Lihat keputusan →
Jawab DM jualan
Diuji — gred menunggu undian orang Malaysia
Lihat keputusan →
Zhipu GLM-5.2 baru masuk Periksa
Dibina Zhipu AI. Baru menduduki SPM AI 2026 — gred keseluruhan A. Kini dalam pusingan undian anda.
Cuba nilai sendiri 👀
Dua AI jawab kerja yang sama. Mana satu lebih baik? Anda yang tentukan.
🎉 **ROAD TO 10K FOLLOWERS GIVEAWAY!** 🎉 Alhamdulillah, terima kasih korang kerana sentiasa menyokong kami dari dulu sampai sekarang! Sebagai tanda penghargaan, kami nak hadiahkan **3 HELAI TUDUNG** secara PERCUMA untuk 3 orang pemenang bertuah! 😍✨ Cara nak join senang sangat, cuma ikut 3 syarat mudah ni: 1️⃣ **FOLLOW** Instagram kami. 2️⃣ **SHARE** post ini di IG Story korang (pastikan akaun korang dalam mod 'Public' & tag kami!) 3️⃣ **TAG** 2 orang kawan korang di ruangan komen di bawah. Lagi banyak korang komen dan tag kawan yang berbeza, lagi tinggi peluang untuk menang! Jom join sekarang, mana tahu rezeki korang kan? 😉👇 *Pemenang bertuah akan diumumkan tidak lama lagi. Good luck, darlings!* 💖 #GiveawayMalaysia #TudungGiveaway #HijabGiveaway #10KFollowersGiveaway #TudungBawal #TudungPremium #ButikTudungMalaysia
🎉 ALHAMDULILLAH 10K FOLLOWERS! 🎉 Sebagai tanda terima kasih atas sokongan korang semua yang tak berbelah bahagi, kami nak buat sikit surprise ni! 🥰 GIVEAWAY TIME! 🎁 3 orang bertuah akan menang 1 helai tudung PILIHAN masing-masing dari koleksi terbaru kami! ✨ Cara nak masuk sangat senang je: 1️⃣ Follow IG kami @[username] 2️⃣ Like post ni ❤️ 3️⃣ Share ke Story korang (jangan set private ye) 4️⃣ Tag 2 orang kawan korang kat comment Tu je! Simple kan? 😉 Giveaway ni tamat dalam masa 7 hari dari sekarang. Pemenang akan diumumkan melalui Story & post akan datang. Good luck korang semua! Semoga rezeki tudung baru ada nama korang tahun ni! 🤲🏻💕 #GiveawayTudung #10KFollowers #TudungMurah #ButikTudung #GiveawayMalaysia #TudungBawal #FashionMuslimah
Macam mana kami periksa?
Kami beri setiap AI kerja penjual sebenar — balas complaint, tulis caption, buat description — bukan soalan mainan.
Orang Malaysia baca dua jawapan tanpa tahu model mana. Pilih yang terbaik. Nama model disorok.
Undian jadi gred A+ hingga G. Kami tunjuk juara, dan kos sebenar dalam RM per 1,000 kerja.
Cut-off gred, berat undian, identiti model penilai — semua di cara kami periksa.
Undian anda tentukan gred
30 saat sahaja: baca dua jawapan AI, pilih yang lebih baik. Itu sahaja.
Jom undi sekarang →SPM AI
Semua model duduki peperiksaan gaya SPM — Bahasa Melayu, English, Sejarah, Matematik, dan Kerja Jualan.
Setiap model dapat slip keputusan sendiri. Bergred, macam calon sebenar. 📜
Lihat keputusan SPM AI →Soalan lazim
Apa itu Periksa?
Periksa ialah ujian bebas yang menggredkan model AI (A+ hingga G) atas kerja penjual Malaysia sebenar — balas complaint, tulis caption, description Shopee, jawab DM, translate BM. Jawapan dinilai undian tanpa nama oleh orang Malaysia + rubrik terbuka, dengan kos telus dalam RM. Tujuannya: anda tahu AI mana berbaloi sebelum bayar.
Apa beza Periksa dengan saya langgan satu tool dan biasakan ia dengan tone & gaya bahasa saya?
Itu dua peringkat berbeza. “Biasakan tone” mengubah cara AI berbunyi (bungkus) — dan anda memang patut buat. Periksa pula membantu anda pilih enjin yang betul dahulu (isi). Sebabnya: tone boleh diubah dengan prompt, tapi keupayaan sebenar untuk faham konteks jualan Malaysia datang dari enjin dan tak boleh diprompt masuk. Periksa uji keupayaan itu supaya anda tak buang masa customize model yang lemah.
Periksa train atau bina model AI sendiri ke?
Tak. Periksa ialah penilai neutral, bukan model. Kami uji dan gred model sedia ada (GPT, Claude, DeepSeek, SEA-LION dan lain-lain) — kami tak duduk exam, kami yang tanda kertas. Sebab itu tajaan tidak pernah sentuh gred.
Periksa percuma?
Ya. Melihat gred, membanding model, dan mengundi semuanya percuma. Kos yang ditunjuk (RM per 1,000 kerja) ialah kos sebenar guna model itu — bukan caj Periksa.
Boleh percaya gred ni? Macam mana ia dikira?
Gred ialah gabungan undian tanpa nama oleh orang Malaysia (berat lebih) dan markah rubrik oleh model penilai yang dizahirkan. Gred hanya keluar bila cukup undian — kalau belum cukup, ia ditanda “menunggu undian”, bukan angka reka. Metodologi penuh terbuka di halaman Cara.
